11 Mac 2011
rasanya satu dunia dah tau tentang earthquake dan tsunami kat Japan ni..semua negara tgh cerita pasal berita ni..TV Japan ni dari tadi mmg xde siaran lain..seme citer pasal gempa dan tsunami..
hari ni...dalam pukul 2.50pm lebih kurang..aku mcm biasa..mula mengadap internet lepas "gaduh2" dengan Cik Nuha..Cik Nuha pulak tgh kusyuk mencuba nk buka kotak biskut..tetiba je aku pening n umah rasa bergoyang-goyang..dah terdetik masa tu.."Gempa bumi ke?'..tapi nk sedapkan ati cakap..sekejap je kot..tapi..xde maknanya sekejap.. makin kuat adalah..serius masa tu aku dah panik..sangat2 panik!!terus grab Nuha dan masa tu just ingat masuk bawah meja makan...aku peluk Nuha kuat2..sambil berdoa gempa ni berhenti..masa ni aku dah nmpak peti ais goyang2..bayangkan peti ais yg beso gedabak tu bleh goyang..mmg gile kuatla gegaran masa tu..pastu dengar pulak benda2 jatuh..masa ni aku dah x bleh fokus apa yang jatuh..badan dah menggigil masa tu..hanya berdoa je yang mampu aku buat..
Alhamdulillah..x lama ( actually lama gak..) gempa tu stop..masa ni la aku dengar Mbak Ratik yang duk kt 4th floor berlari turun..aku terus capai tudung n bawak Nuha turun gak..umah aku kt tingkat 2..jiran depan umha aku pun kuar gak..kami duk kat bawah depan tangga..Mbak Ratih turun dengan gamble x siap apa..dia cakap dia cuma ingat nk bawak anak2 dia turun je..dalm 5 minit kat bawah..kami decide nak naik sbb ingat gempa dah abis..masuk2 rumah tgk lektrik, air dah putus...pastu try kol En.Asben tapi x dpt..dln x sampai 5 minit.En.Asben samapai umah dan terus suh kami turun berkumpul depan blok..masa turun tu dah nmpak Aliah ngan anak2 dia dah ada kt depan blok tu..
| berkumpul depan blok.. |
tengah2 sembang..tetiba bergegar lagi..kali ni lagi kuat dari tadi..sib baik semua dh keluar..lama juga bergegar..kami dpt lihat tiang2 lektrik berayun kiri kanan..lama jugak kami kat luar..x berani nk masuk rumah..tapi sebabkan hujan..kami masuk jugak rumah..Mbak Ratih tumpang umah kami..kesian dia x dpt contact hasben dia kt Mita..dia x berani nk duk umah dia kt tingkat 4..
masa ni bekalan elektrik, air dan internet putus..nasib baik Resident Asisstant datang suh amik lilin kat ofis..oh ye..aku n family duk kaikan..kami mmg langsung xde prepare lilin or torch light..mmg x bersedia..
x lama famili Aliah datang umah, then kawan2 hubby dalam 3 orang datang berkumpul kat umah kami..dorang x bleh balik sbb train stop..disebabkan xde bekalan air n lektrik..kaum2 lelaki ni pegila mencari bekalan makanan kat supa..dapatla makan soba instant malam tu..huhuhu..dalam pukul 8 mlm..hasben Mbak Ratih sampai lepas 2 jam jalan kaki...katanya ramai yang jalan kaki sbb train mmg stop langsung..
masa berkumpul kat umah aku..ada beberapa gegaran susulam..serius aku sgt cuak..skrg ni pening skit aku dah cuak..Alhamdulillah..dalam pukul 10 lebih..bekalan elektrik n phone dah ok..terus aku kol famili kt mesia..aku tau mek n ayah sure risau..buat direct call terus ke malaysia..mek bagitau dia cuba kol byk kali tapi x dapat..sian mek..mesti dia x bleh buat keje..yea..mak aku mmg jenis kalau risau skit mesti nangis..oh..rindunya kat mek..huhuhu
bagi kawan2 yang bertanya tempat dan lokasi kami..ni aku bagi peta besar punya untuk tatapan semua..buat masa ni aku duk kat Yokohama ( yang warna biru )..actually kami bukan duk betul2 kat bandar yokohama..kami kat Hiyoshi.. dalam daerah Yokohama la kiranya..Pusat gempa adalah yang pusat bulatan dekat ngan Sendai..hak warna purple plak tempat reaktor nuklear yang dikatakan bocor n meletup..dekat Fukushima..
setakat hari ni 15 mac..keadaan dekat sini masih terkawal..bekalan makanan pun ada walaupun kena beratur panjang..Apapun aku kagum ngan orang jepun ni..dorang masih berdisiplin dan tak panik bila bencana macam ni..harga barang pun x naik..
Kalau ikutkan hati..memang nak balik Malaysia..lebih2 lagi bila kawan2 senegara keliling ni dah bersiap2 nk balik..tapi hubby suh bersabar dan bagitau keadaan masih ok..kalau keadaan dah tak terkawal..kami akan balik jugak..doa dari semua amatla di harapkan..Semoga keadaan akan pulih..Pray for Japan..pray for us..


