Thursday, August 25, 2011

Terkenang semasa dulu..

sept 2002 - USM - geophysics conferences

nangis sambil lempang2 pipi tgk gambar ni..bila la nk dapat berat mcm ni lagi..huhu

##beg kuning itu adalah kesayangan dn trademark..hehehe

Friday, July 29, 2011

mood ke laut..

salam..
masih dalam mood letih, pening, serabut sbb pindah..huhuhu
barang x kemas 100% lagi..masih berlonggok kat satu bilik..skrg tidur kat ruang tamu sbb ruang tamu je ada ekon..bila nk betul2 kemas? hahaha..tunggu selepas 15 Ogos..sbb klu ada rezeki kami akan pindah lagi bulan Oktober..so..buat masa ni biar dulula..malas nk packing lagi..klu x dapat..baru pulun mengemas..
pening sbb nk biasakan diri ngan jadual sampah..selama dekat setahun kt HIH, kitorang blh buang sampah bila2 je..sorting pun senang..skrg sooooooo complicated..klu salah..lori sampah x amik..memula pindah terlepas buang sampah sbb x tau lori sampah dtg kul 8 pagi..hahaha..skrg buang malam sebelumnya..nk classified sampah pun kena study kat website ward office..Japan oh Japan..

Wednesday, July 20, 2011

Sudah 20 bulan..

ini budak sudah besar....




20 hari








20 bulan

Monday, July 18, 2011

Bila dah xde idea..

nak masak apa..sbgai surirumah yg berjaya...adalah menjadi tanggungjawab aku fikir apa nak masak..kadang2 jadi stress sbb x tau nak masak apa..sbb aku x pandai masak..tu yg terhad sikit pilihan nak masak apa tu..lagila pening sbb my boss x nak makanan bergulai or kari..masak air2 pun x nak..huhuhu..hari2 goreng ayam pun bosan gak..last2 inilah pilihan bila dh x tau nk masak apa..masak NASI AYAM..klu masak ni biasanya aku masak hujung minggu sbb bleh combo sekali makan tengahari ngan malam...dasar pemalas kan..hahaha..klu tetiba ada angin rajin mari baru buat nasi ayam time weekdays..senang klu masak nasi ayam ni...dh x paya fikir nk masak lauk apa dah..sekaligus semua ada..Cik Nuha pun suka..sbb bleh minum hirup sup byk2..supaya aku x payah nk google2 lagi resepi..meh aku share resepi nasi ayam yang aku amik kt Myr ni..so far bagi aku sedap la..klu ada yg cuba tapi x sedap..tu bukan salah aku ek..tu kira x memenuhi kriteria selera korang la..masing2 ada citarasa sendirikan..




nasi ayam ku runtuh


 Nasi Ayam Ipoh
source : quinnie MyR

 ##aku buat 1/2 je dari resepi ni..

  *BAHAN NASI*
  • 4 mug beras
  • 4 1/2 mug air rebusan ayam
  • 2 inci halia*
  • 3 biji bawang putih*
  • 3 helai batang daun bawang (ambik bhgn bawah dia...yg ada buah dia tu sekali)
  • 1 sudu besar minyak bijan
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 helai daun pandan
  • 4 sudu mentega 
  • *BAHAN AYAM*
  • 1 ekor ayam
  • 3 biji bawang putih*
  • 1 inci halia*
  • 3 sudu besar kicap lemak manis
  • 2 sudu besar sos tiram dan 1 sudu besar cuka
  • 1 sudu besar madu ( kalau tak dek pun tak pe)
  • *BAHAN SUP*
  • air secukupnya
  • 4 bawang putih diketuk
  • 3 inci halia di hiris
  • 3 helai batang bawang
  • 1 biji sengkuang dipotong dadu
  • 1 sudu besar serbuk lada sulah
  • *BAHAN CILI*
  • 10/15 biji cili burung
  • 6 biji cili merah
  • sedikit halia (ambik dari rebusan)
  • 5/6 biji bawang putih
  • 1 biji limau kasturi/nipis
  • sedikit air dari air rebusan ayam
  • garam n gula secukupnya
  • *BAHAN KICAP*
  • 5 biji cili burung
  • sedikit halia (ambik dari rebusan)
  • 4/5 biji bawang putih
  • kicap secukupnya
  • air rebusan ayam secukupnya
  • tepung jagung di campur dgn air secukupnya (utk pekatkan)
  • *BAHAN TAMBAHAN*
  • tomato, salad, daun sup dan bawang, timun

Cara-cara

  1. mula2 buat air rebusan ayam...(bahan2 dalam sup) masukkan semua bahan...kecuali sengkuang dan serbuk lada sulah. tutup periuk dan masak hingga didih.
  2. selepas air mendidih, masukkan ayam. biar ia masak selama 20 minit. selepas 20 minit, angkat ayam tadi dan toskan.
  3. cara utk masak nasik, mula2 masukkan majerin dalam periuk elektrik, biar ia mencair, kemudian masukkan bahan* yg telah di blend. biar naik bau. kemudian masukkan batang bawang dan daun pandan. bila dah layu sikit masukkan sos tiram dan minyak bijan. kacau2 sekejap,kemudian masukkan beras, sedikit garam dan air rebusan ayam. biarkan hingga nasik masak.
  4. penyediaan ayam, ayam yg telah di toskan tadi di masukkan kedalam satu magkok besar. masukkan bahan * yg telah di blend dan semua bahan2 lain...kacau2 rata dan biarkan 1/2 jam. selepas ayam diperap, boleh lah digoring atau di bakar dalam oven. kalau nak goring jgn goring terlalu lama...agak2 kaler dia dah bertukar kehitaman boleh diangkat terus.
  5. cara penyediaan cili, masukkan semua bahan didalam blender dan blend hingga hancur.
  6. cara penyediaan kicap, blend semua bahan kecuali tepung jagung. selepas blend isi dalam periuk dan panas kan atas dapur. agak2 dah panas..boleh la di masukkan tepung jagung dicampur air secukupnya utk memekatkan kuah.
  7. cara2 penyedian sup, baki air rebusan tadi didihkan kembali bersama sengkuang dan serbuk lada sulah. kalau air rebusan dah berkurangan boleh lah di campur dengan air biasa. masak hingga didih. perasakan sup.
  8. selepas semua dah masak, boleh la di makan...cara penyediaan...timun, tomato dipotong nipis2. daun sup dan bawang di potong halus dan di masukkan kedalam sup tadi. 



Nila punca nasi ayam aku x cun masa nk pose tadi..


    Thursday, July 14, 2011

    Genap

    Salam..
    hari ni genap 10 bulan kami menjejakkan kaki ke Bumi Sakura ini..huhuhu..cepatnya masa berlalu..ini bermakna..cuti aku hanya tinggal lagi 2 tahun 2 bulan je lagi..itupun kalau aku x mintak xtend..hehehe..ada ati nk mintak tambah lagi..
    apa pencapaian selama 10 bulan kat sini?? Kalau mengandung ni..baby dah keluar dah pun..honestly..xdela byk sgt..nihongo pun x fasih n x berapa faham..setakt hait, arigatou, konichiwa tu jela tau..lain2..haram x faham..hahaha..malu wei kt bangla kat mesia..dorg baru 3 bulan kt Mesia dah siap bleh ngorat org melayu lagi tu..Cuma skill masak tu adalah improvement skit..xdelah byk..skit je..bolehla setakat sendiri nak makan..lain2 rasanya xde..rugikan..duk sesaje x buat apa2 ni..but bg aku xde ruginya..masa ni jela yg ada nk belek anak depan mata..nk jaga famili sebaik mungkin..dah balik esok2..anak org yg jaga..makan kedai le jawabnya..huhu
    4 musim dah rasa kat sini..the best is musim bunga @spring..musim lain best sikit je..hahaha..so skrg nk merangka plan utk next 2 years..nanti nk bg proposal kat bos..mintak2 lulus..klu x lulus..aku merajuk..balik mesia..tinggalla dia sesorang makan megi kat sini..hahahaha


    *entry genap akan berulang setiap bulan kalau aku x lupa nk update.. :P

    Thursday, July 7, 2011

    sudah tau..

    hai jiran..
    camana bleh tau blog i..
    tetiba mcm malu2 neko nak tulis..
    mukekekekeke..

    Wednesday, July 6, 2011

    ww yg x berapa ww

    sarapan pagi ini..


    walau dimana bumi dipijak...mulut dan perut tetap mau ini nasi lemak...sekian..
     

    (c)2009 A temporary SAHM. Based in Wordpress by wpthemesfree Created by Templates for Blogger