Monday, June 6, 2011

Bila rindu kampung halaman...episod 1

bila duk jauh ni..rindu kampung halaman itu pasti..klu dulu setiap kali cuti sekolah..aku sure akan balik ke Terengganu..WAJIB walaupun setakat 2 atau 3 hari...tapi sekarang..hmm..( mood : tahan ayaq mata)..
memangla ada kol kampung..tapi x sama kalau ada depan mata..takpe..sabarla wahai hati....

dan untuk melunaskan kerinduan tu mestila kena buat sesuatu..sesuatu yang mendekatkan diri dengan kampung halamanku..dan semestinya perkara itu perkara yang menyenangkan hati serta perut..hahaha..moh kita masak..sebab bila masak aku akan rasa gembira sebab lepas masak boleh makan..bila makan perut akan kenyang..bila perut kenyang..hati pun senang...sebabkan rindu yang mendalam sedalam dalamnya dalam hati aku..aku nk masak sesuatu yang berkaitan dengan ibu @ mek..aku panggil mak aku mek..kenapa panggil mek?ntah..tau2 je mmg panggil mek..mostly org kelantan dan besut akan guna panggilan mek..dan mak aku adalah orang jerteh, besut.

selongkar selongkar peti ais..tgk ada tulang yang beli kt baticrom hari tu ada lagi separuh..terus teringat singgang mek yang sgt sedap..masakan mak mmg sedap kan? semua org kata masakan mak dorangla yang terpaling best sekali dalam dunia ni..yeap..aku pun sama....mek aku masak paling sedap..ingat lagi..ayah aku kalau balik dari pasar n beli something biasa dia hulur je tanpa cakap pape..klu aku tanya nak masak apa..dia akan jawab apa apa jela..maknanya dia x kisah masak apa or siapa yang akan masak..tapi bila dia ulur ikan ke..ayam ke dengan pesanan "suruh mek masak gulai.or..bla..bla.."maknanya hanya mak aku je yang boleh masak lauk tu..jangan sesekali nak mengelat..nanti bila makan ayah aku tau..hahaha..

ok berbalik pada benda yang nak di masak tadi..singgang tulang..aku ada upload gambar kt FB n Umie mama Muaz ada request resepi..hahaha..umie..awal awal lagi aku nak bagitau..ni adalah resepi dari orang tua..jadi org tua ni xde sukatan yea..masa aku belajar masak ni pun mek aku terangkan dan ajar sambil dia masak..means kita kena perhatikan..pesan mek aku..jangan ikut sukatan sangat tapi ikut rasa..kena tgk bahan banyak mana..kena seimbang..contoh kalau bawang..dalam resepi tulis 5 biji bawang..tapi dia x bagitaukan bawang tu besar mana..dia tulis 5 biji bawang kecil..kecil macam mana? Cenggana klu bwg merah kita jenis yang besar sikit dari bawang merah tukang bagi recipe?? xkan nak guna sampai 5 bijikan? oho..ini adalah contoh sahaja. so resepi ni aku bagi anggaran yang aku gunakan je..







SINGGANG DAGING @ TULANG  VERSI TERENGGANU

Bahan bahan

Daging @ tulang - aku guna dalam 500grm
1/2 inci halia - dihiris memanjang
1 inci lengkuas - dihiris memanjang ( lagi byk lengkuas lagi sedap)
3 biji bawang merah kecik- di mayang
4 biji bawang putih - dimayang
1 sudu kecil ketumbar - ditumbuk kasar
lada hitam- ditumbuk kasar
kunyit - aku buh serbuk je sikit
asam keping- klu suka masam bleh letak banyak..
 budu ( optional)
 cili api
garam dan gula secukup rasa



 Cara

Bersihkan tulang dan daging
Masukkan daging dan tulang dalam periuk.
Rebus daging sehingga hampir empuk.Bila daging dah macam nak empuk tu..masukkan semua bahan kat atas.
Biar sehingga daging empuk.bila daging dah empuk sesuaikan rasanya.means cek la klu garam x cukup ke..nak buh gula ke..
Dah siap..senangkan..


Biasanya aku buat singgang ni malam kalau nak makan esoknya sbb bila kita dah masak malam tu dan makan esoknya singgang tu lagi sedap. singgang ni sedap kalau makan ngan budu dan ikan goreng..mmg boleh makan bertambah tambahla....dan sekaligus berat pun sama samala bertambah..menci betulla..asal makan byk sikit berat berat mesti naik..naik skit xpe la jugak..ni naik huhuhu..sedih...#nanges#

1 comments:

Anonymous said...

hehehe..mekasih dear... aku suka nau lauk simple mcm nie.. nnt aku try tp maybe guna bahan utama yg lain la kot..tulang lembu takde..yg ade tulang manusia aje...wakakaka

 

(c)2009 A temporary SAHM. Based in Wordpress by wpthemesfree Created by Templates for Blogger